mcmc
Kesihatan

TIPS SIHAT GAYA ORANG DULU-DULU

Zaman dulu, kita jarang dengar orang obes, darah tinggi pada umur muda, kencing manis pada usia muda

Kenapa?

Kerana gaya hidup mereka lebih aktif, lebih alami, dan lebih tenang. Mereka banyak bergerak jalan kaki ke kebun, ke surau, ke pasar.

Makan pun tak berlebihan, tiada makanan viral, makan hanya bila lapar. Semua dari kebun, laut, atau dapur sendiri bukan makanan proses yang tinggi perasa

Mereka tidur awal, tak berjaga scroll telefon, dan bangun awal ikut cahaya matahari. Dan paling penting mereka tak berlumba-lumba dengan sesiapa. Mereka tahu cukup itu membahagiakan.

Mungkin inilah masanya kita kembali tiru cara hidup yang lebih dekat dengan alam, dan lebih jujur dengan keperluan tubuh.

💚 Hidup sihat tak semestinya mahal. Kadang-kadang, kita cuma perlu perlahan.