
Bagi meningkatkan aspek keselamatan di institusi pendidikan bawah kelolaannya, Kementerian Pendidikan (KPM) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah berasrama terpilih seluruh negara.
Pelaksanaan inisiatif ini akan bermula serta-merta sebelum diperluas secara berperingkat ke semua sekolah berasrama di seluruh negara.
Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KPM untuk memperkukuh pemantauan, mencegah insiden yang tidak diingini, serta mewujudkan ekosistem yang selamat dan kondusif bagi semua murid.