Bangun Dari Duduk Tiba-Tiba “Gelap”? Jangan Main-Main, Boleh Pecah Kepala!
Pernah tak tengah syok duduk bersila, bila bangun je rasa dunia berpusing, mata kabur, dan nak rebah? ![]()
Ramai ingat ini sebab “angin” atau penat biasa.
TAPI, jika bacaan tekanan darah anda bawah 90/60 mmHg, anda sebenarnya mengalami Tekanan Darah Rendah (Hipotensi).
Bahayanya bukan pada pening tu semata-mata. Bahayanya adalah bila anda PITAM & JATUH.
Bayangkan kalau jatuh dalam bilik air atau tepi bucu meja? Risiko kecederaan otak dan patah tulang sangat tinggi!
Punca-punca biasa:
Kurang minum air (Dehidrasi)
Masalah jantung atau hormon
Kurang garam dalam badan
Perubahan postur mengejut (Duduk ke Berdiri)
Tips PHM untuk Geng Darah Rendah:
Minum air kosong secukupnya (Bagi paip darah kembang).
Jangan bangun mengejut. Duduk tegak dulu seminit, baru bangun.
Jangan silang kaki bila duduk (menghalang aliran darah).
Jangan biarkan organ anda “lemas” tak cukup oksigen. Kalau selalu sangat jadi “zombie” pagi-pagi, pergi cek doktor segera
