mcmc
Rekreasi & Pelancongan

AWAS ! LAMAN WEB PALSU MOTAC

AWAS LAMAN WEB PALSU MENGGUNAKAN IDENTITI MOTAC!

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menasihatkan orang awam agar tidak terpedaya dengan laman web yang menggunakan dan menyalahgunakan identiti MOTAC.

Pastikan anda hanya melayari laman web rasmi MOTAC untuk sebarang urusan, semakan atau pertanyaan melalui pautan https://motac.gov.my/.

  1. Semak pautan (URL) laman web dengan teliti.
  2. Jangan klik atau tekan pautan yang mencurigakan daripada mesej atau e-mel yang tidak dikenali.
  3. Elakkan memberi maklumat peribadi atau pembayaran yang tidak sah.

Laporkan sebarang laman web mencurigakan kepada pihak berkuasa. Sebarang pertanyaan lanjut :
☎️Hubungi MOTAC di talian rasmi 03-8891 7193 atau
🌐Lawati laman web kami : https://motac.gov.my/

MyMOTAC #TaatSetia

MalaysiaTrulyAsia

MySeniBudaya

MalaysiaMADANI