
WAS! Jangan Mudah Percaya dengan tawaran hadiah peraduan atau cabutan bertuah tidak wujud. Ia mungkin taktik scammer
✅Memancing maklumat peribadi termasuk maklumat perbankan
✅Mencuri wang anda dengan mendakwa perlu membuat sedikit bayaran pemprosesan/insurans sebelum menuntut sebarang hadiah peraduan.
Lindungi diri anda dengan tidak berkongsi maklumat sensitif tanpa pengesahan yang tepat.
Amalkan konsep 3S, Soal.Sekat.Sebar
✅Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
✅Sekat diri dari berkongsi peribadi dan perbankan anda;
✅Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.
Jika anda menjadi mangsa:
➡️ Segera hubungi hotline bank anda; atau
➡️ Hubungi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997 (8 pagi – 8 malam, setiap hari); dan
➡️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Sources: Kementerian Kewangan Malaysia