
Rainbow Bridge Kampung Tekek merupakan salah satu tarikan ikonik di Kampung Tekek yang sering menjadi perhatian pelancong apabila tiba di Pulau Tioman. Jambatan ini terkenal dengan reka bentuk moden dan lampu berwarna-warni yang menyerlah pada waktu malam, sehingga penduduk dan pengunjung lebih mesra memanggilnya sebagai “Rainbow Bridge”.
Pada waktu siang, jambatan ini menjadi laluan utama yang menghubungkan kawasan sekitar jeti dan kampung. Namun apabila malam menjelma, cahaya lampu pelbagai warna yang menerangi keseluruhan jambatan menjadikan suasana lebih cantik dan hidup. Pantulan lampu di permukaan air juga menambahkan lagi keunikan pemandangan, menjadikannya lokasi popular untuk bergambar dan menikmati suasana malam di Pulau Tioman.
Jambatan ini bukan sahaja digunakan oleh pelancong yang baru tiba atau ingin berjalan sekitar Kampung Tekek, malah turut menjadi laluan harian penduduk kampung untuk urusan seharian. Disebabkan lokasinya yang strategik berhampiran kawasan jeti, ramai pengunjung pasti akan melalui jambatan ini sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Pulau Tioman.
Ramai juga menganggap Rainbow Bridge ini sebagai simbol moden dan daya tarikan malam Kampung Tekek kerana gabungan lampu warna-warni dan suasana laut yang tenang memberikan pengalaman yang cantik serta memorable kepada sesiapa yang datang ke sini.