Belanjawan 2026 memberi tumpuan kepada usaha bagi menangani isu sekolah padat terutamanya di kawasan yang berkepadatan tinggi. Bilik darjah tambahan akan dibina di lebih 100 buah sekolah seluruh negara.
Bagi memperkasakan pendidikan peringkat prasekolah, sebanyak 350 buah kelas prasekolah baharu akan dibina.
