Kuala Lumpur | 11 Oktober 2025 – MCMC melalui Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) terus komited memperkasa komuniti melalui penganjuran Pertandingan Akhir Mahir Masak “Cooking Star” yang berlangsung di IPTSkills TVET College, Mutiara Damansara.
Program NADI Mahir merupakan inisiatif di bawah teras Perkhidmatan Pintar Pembelajaran Sepanjang Hayat yang merangkumi lima bidang utama iaitu Mahir Jahit, Mahir Masak, Mahir Baiki Gajet, Mahir Foto dan Mahir Smart Farming. Ia memberi peluang kepada komuniti untuk menimba ilmu baharu dalam kemahiran dan mengasah bakat bagi meningkatkan taraf hidup mereka.
Pertandingan “Cooking Star” menobatkan Amelia Amira dari NADI PPR Jelatek sebagai juara bagi edisi 2024/2025 program ini.
Majlis penghargaan yang diadakan turut meraikan kejayaan para alumni NADI Mahir yang kini mencipta nama di pelbagai bidang, termasuk pemenang pingat gangsa di Culinary World Cup, juara Malaysia Unity Short Film Festival, serta usahawan tani yang berjaya memanfaatkan teknologi digital dan peranti IoT.
NADI Mahir turut memperkenalkan dua projek baharu yang melibatkan alumni Mahir Jahit dan Mahir Masak dari seluruh Malaysia, membuka peluang kepada mereka untuk menjana pendapatan melalui Bengkel NADI Jahit dan Bengkel NADI Masak.
Tahniah kepada semua pemenang dan alumni NADI Mahir atas pencapaian cemerlang mereka!
#NADIMCMC#PerkhidmatanPintarNADI






