
Dari bandar ke pulau terpencil, Malaysia terus bergerak ke arah keterangkuman digital.
Menerusi usaha Kementerian Komunikasi dan MCMC di bawah inisiatif JENDELA, capaian kini diperluas ke kawasan yang kurang mendapat liputan, memperkasakan komuniti serta merapatkan jurang digital.
Dengan 1,099 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara, kita bukan sekadar membina infrastruktur, tetapi membuka peluang keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat dan akses kepada maklumat yang tepat dan terkini.
Pengiktirafan di peringkat global menerusi gelaran Juara WSIS 2025 membuktikan komitmen untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang ketinggalan dalam era digital.