@madani_kini Kita mahu bina jalan baru, tambah sekolah, dan kurangkan kesesakan di hospital. Tapi bila tengok bajet negara ,duit tak sepadan dengan pendapatan. Doktor ramai berhenti, tugas terlalu banyak, gaji tak sepadan. Sekolah padat dan uzur. Nak baiki semua ni, kena ada duit. Soalnya: dari mana nak cari duit? Pelaburan luar negara memang diumumkan berbilion-bilion. Tapi jangan silap, kerajaan tak dapat duit tu terus. Duit tu masuk perlahan-lahan, melalui cukai syarikat dan gaji pekerja. Nak rasa hasilnya, ambil masa. Sementara itu, kita perlu langkah segera. Sebab tu kerajaan luaskan skop SST, cukai jualan dan perkhidmatan. Tapi bukan sembarangan. Kita fokus kepada barangan mewah dan import, bukan barang harian rakyat. Kenapa? Sebab kita faham. Orang miskin dan M40 dah cukup terbeban. Sebab tu kerajaan juga laksanakan penyasaran subsidi supaya bantuan diberi pada yang benar-benar layak. SST ini mungkin pahit. Tapi macam ubat, ia perlu untuk pulihkan sistem negara yang lama sakit. Kita warisi hutang besar dari 1MDB dan perkhidmatan awam yang lama tak diperbaharui. Dengan hasil tambahan, kita boleh bina hospital baru, tambah kakitangan, dan melabur dalam sektor yang boleh naikkan pendapatan rakyat sendiri. Ubat ini memang pahit, tapi kalau nak sihat kena telan juga.
♬ Emotional Cinematic Sad Violin and Piano – ISAo