Sempena Hari Hipertensi Sedunia ini, marilah kita bersama-sama memperkasakan diri dengan amalan gaya hidup sihat. Mulakan dengan pemakanan seimbang, kurangkan pengambilan garam, berhenti merokok, kawal berat badan, bersenam secara konsisten, dan uruskan stres dengan bijak.
Jadikan hari ini sebagai detik perubahan ke arah kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti. Ingatlah, jantung kita adalah amanah – lindungilah ia, kerana kesihatan adalah tanggungjawab bersama.