
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang melaksanakan satu Kajian Kepuasan Pelanggan kepada seluruh warga KKM menerusi soal selidik secara dalam talian.
Objektif kajian ini adalah untuk melihat tahap kepuasan pelanggan bagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh KKM ke arah menambahbaik kualiti perkhidmatan pada masa hadapan.
Tempoh kajian: 15 Jun – 15 September 2025
Sertai dan beri pandangan anda di pautan: http://bit.ly/45SFgTi
Suara anda sangat bermakna dalam membentuk perkhidmatan kesihatan yang lebih baik!
#KKMPrihatin#SihatBersama#MalaysiaSihat#MalaysiaMadani#MADANIBekerja